Jom Ke Korea

Macam Drama Korea! 5 Kafe Instagramable di Seoul yang Wajib Masuk ‘Wishlist’

Seoul, ibu kota Korea Selatan, bukan sahaja terkenal dengan K-pop dan makanan jalanan yang lazat, tetapi juga mempunyai pelbagai kafe menarik yang kelihatan seperti set penggambaran drama Korea! Kebiasaannya, kalau kita nak cari lokasi kafe yang menarik di platform Youtube ni, sangat sukar dan yang ada pun tidak begitu menarik di mata kita. Jadi, kalau anda suka mengambil gambar yang estetik dan menikmati suasana yang unik, lima kafe ini wajib masuk dalam senarai ‘wishlist’ anda!

1. Stylenanda Pink Pool Café – Kafe Ala Kolam Renang Hollywood 💕🏊‍♀️

📍 Lokasi: Myeongdong, Seoul

📸 Wajib Ambil Gambar Di: Ruang duduk ala tepi kolam dan cermin besar untuk swafoto.

Buat anda peminat tegar drama Korea bertemakan fesyen dan kecantikan, Stylenanda Pink Pool Café adalah destinasi yang wajib dikunjungi. Terletak di kawasan Myeongdong, kafe ini menawarkan konsep ala kolam renang dengan warna merah jambu yang mendominasi dekorasi. Kafe ni memang untuk penggemar warna merah jambu dan kita boleh tangkap gambar di setiap sudut kafe ni. Cantik sungguh! 

cafe dalam drama korea

Kenapa Anda Perlu Lawat?

  • Dekorasi serba merah jambu yang comel dan unik.
  • Spot bergambar yang sangat ‘Instagrammable’ seperti kolam renang mini.
  • Minuman dan pencuci mulut bertemakan warna pastel yang cantik dan sedap.

Kat Malaysia ni, kita boleh jumpa makanan yang viral dan yang pelik tapi kat sini kita boleh makanan yang memang penuh dengan warna yang menarik untuk dimakan dan juga menjadi subjek kepada gambar buat kenangan kita dari Korea.

Tempat pun penuh dengan warna-warni, apatah lagi juadah makanan dan minuman yang mereka sediakan untuk pelanggan mereka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk kita singgah di Stylenanda Pink Pool Cafe`ini. Dijamin puas hati.

2. Zapangi – Kafe Unik dengan Pintu Vending Machine 🚪🥤

📍 Lokasi: Mangwon-dong, Seoul.

cafe drama korea

Kalau korang pernah tengok adegan dalam drama Korea dimana watak utama masuk ke tempat rahsia melalui pintu yang kelihatan biasa? Zapangi membawa konsep itu ke dunia nyata dengan pintu masuknya yang berbentuk vending machine berwarna merah jambu!

Dia ibarat dalam kartun Doraemon sewaktu Doraemon melalui pintu ajaibnya dan masuk ke alam yang lain! Kalau pejalan kaki yang lalu di sekitar situ mesti dah anggap itu adalah vending machine tetapi ianya bukan.

Keunikan Kafe Ini:

  • Masuk melalui vending machine seperti dalam drama Korea misteri.
  • Dekorasi minimalis tetapi sangat fotogenik.
  • Kek dan minuman dihidangkan dalam tin unik!
cafe drama korea

Kawasan yang wajib untuk ambil gambar adalah di pintu vending machine tersebut! Makanan dan minuman di sini disajikan dengan cara yang simple tapi tetap menarik. Walaupun menu tak banyak, Zapangi tetap menawarkan pelbagai makanan ringan yang sedap dan manisan yang menggoda selera. Menyelerakan!

3. Greem Café – Kafe 2D Seperti Dalam Webtoon! ✏️🖤

📍 Lokasi: Seogwipo-si, Jeju-do

📸 Wajib Ambil Gambar Di: Meja dan dinding bercorak 2D yang kelihatan seperti dalam lukisan komik. Sangat cantik!

Bayangkan anda masuk ke dalam dunia komik atau drama Korea animasi— rasa seperti kita berada dalam penggambaran dunia kartun 2D. itulah pengalaman di Greem Café! Kafe ini direka dalam gaya dua dimensi (2D) yang membuatkan anda rasa seperti berada dalam buku sketsa. Macam dalam komik Manga pun ada.

Apa yang Menarik?

  • Seluruh kafe dicat dengan warna hitam dan putih, mencipta ilusi 2D— seperti dalam buku komik. Reka bentuknya yang unik memang membuatkan kita rasa macam masuk ke dalam lukisan!
  • Setiap sudut kafe ini sesuai untuk gambar Instagram yang unik —  Tak kisahlah dari mana pun ambil gambar, hasilnya tetap nampak menarik dan lain daripada yang lain.
  • Suasana yang santai, sesuai untuk duduk lama sambil menikmati kopi — Dengan muzik yang menenangkan dan ‘vibe’ yang ‘cozy’, kafe ni tempat yang ideal untuk bersantai atau buat kerja dengan tenang.

4. Thanks Nature Café – Minum Kopi Bersama Kambing!!🐐☕

📍 Lokasi: Hongdae, Seoul

📸 Wajib Ambil Gambar Di: Bersama kambing-kambing comel yang berkeliaran di sekitar kafe.

Perhatian kepada peminat kambing biri-biri yang gebu dan comel! Inilah kafe yang anda perlu pergi. Kita boleh merasai pengalaman minum kopi bersama kambing! Menarik bukan? Thanks Nature Café di Hongdae menawarkan pengalaman menikmati kopi sambil ditemani kambing yang comel dan jinak!

Kenapa Kafe Ini Menarik?

  • Satu-satunya kafe di Seoul yang mempunyai kambing sebenar — Bila masuk je, terus rasa macam berada di ladang kecil di tengah bandar. Pengunjung boleh memberi makan dan bermain dengan kambing yang comel dan jinak—memang pengalaman yang rare!
  • Suasana santai dengan konsep alam semula jadi — Dekorasi kayu, tumbuhan hijau, dan pencahayaan yang lembut buatkan tempat ni rasa cozy dan nyaman, sesuai untuk berehat dari hiruk-pikuk bandar.
  • Kopi dan pencuci mulut yang enak, terutamanya waffle mereka! — terutamanya waffle mereka yang rangup di luar, lembut di dalam, dan dihidangkan dengan topping yang menyelerakan. Memang kena cuba kalau datang ke sini!

5. Cafe Onion – Nikmati Pastri dalam Bangunan Berkonsep Lama 🍞🏚

📍 Lokasi: Seongsu, Seoul

📸 Wajib Ambil Gambar Di: Meja kayu besar dengan roti yang menggoda selera.

Okay, kafe ni vibe dia lebih kepada klasik yang berasal daripada warisan purba di Korea.Rumah kayu yang antik dan masih dijaga rapi sehingga ke hari ini. Jika anda suka cafe dengan suasana klasik dan ‘aesthetic’, Cafe Onion adalah tempat yang sesuai. Ia dibina dalam bangunan lama yang dibiarkan dengan sedikit sentuhan ‘industrial’ untuk memberikan suasana unik.

Keunikan Cafe Onion:

  • Terletak dalam bangunan lama yang mempunyai daya tarikan tersendiri — Gabungan elemen klasik dan moden menjadikan tempat ini unik
  • Menawarkan roti dan pastri Korea yang sangat sedap — Dari roti dengan inti tradisional seperti kacang merah hinggalah ke pastri moden yang kreatif, semuanya pasti memikat selera.
  • Suasana yang menenangkan, sesuai untuk berehat selepas meneroka bandar Seoul — Dengan dekorasi yang simple tapi elegan, ditambah dengan aroma kopi dan roti yang baru dibakar, tempat ini memang lokasi ideal untuk bersantai dan menikmati waktu sendiri atau bersama teman.

Kenapa Kafe-Kafe Ini Macam Dalam Drama Korea?

Jika anda peminat drama Korea, pasti anda perasan bahawa banyak adegan penting berlaku di kafe. Sama ada pertemuan romantik, perbualan serius, atau momen lucu, kafe sering menjadi latar penting dalam pelbagai drama Korea.

Faktor yang Membuatkan Kafe Ini Macam Set Drama:

  1. Reka Bentuk yang Unik – Setiap kafe mempunyai konsep berbeza dan sangat visual.
  2. Suasana yang Menarik – Sama seperti dalam drama Korea, kafe ini menawarkan suasana yang romantik dan santai.
  3. Hidangan yang Instagrammable – Semua makanan dan minuman disajikan dengan gaya yang menarik, seperti dalam babak drama Korea.

Tips untuk Mengunjungi Kafe-Kafe Ini di Seoul

Kalau anda bercadang untuk menjelajah kafe-kafe ini, berikut beberapa tips berguna:

Datang Awal – Sesetengah kafe popular ini boleh menjadi sangat sesak terutamanya pada hujung minggu.

 ✔ Pastikan Bateri Telefon Penuh! – Anda pasti mahu mengambil banyak gambar.

 ✔ Pilih Outfit yang Menarik – Supaya gambar anda lebih menyerlah dan sesuai dengan tema kafe.

 ✔ Gunakan Google Maps atau Naver Map – Sesetengah lokasi mungkin sukar dicari jika anda tidak biasa dengan Seoul.


Kesimpulan: Kafe-Kafe Ini Wajib Masuk ‘Wishlist’ Anda!

Jika anda merancang perjalanan ke Seoul dan mahu mengalami suasana seperti dalam drama Korea, lima kafe ini wajib dikunjungi. Bukan sahaja tempatnya cantik, malah setiap kafe menawarkan pengalaman yang unik dan berbeza.

Jadi, kafe mana yang paling anda teruja untuk lawati? share kepada rakan anda yang juga peminat drama Korea dan mula rancang perjalanan impian anda ke Seoul!

Anda Pening Fikirkan Itinerari Yang Pergi ke Cafe Menarik di Korea?

Jangan risau! Pakej JomKeKorea sentiasa menawarkan itinerari yang paling terbaik buat anda! Pakej kami termasuk:

✈️ Penerbangan terus ke Korea dengan selesa.
🏨 Penginapan premium berhampiran lokasi tumpuan utama.
🧑‍🤝‍🧑 Pemandu pelancong berpengalaman yang akan membawa anda mengelilingi tempat-tempat menarik.
🍜 Pengalaman kuliner yang autentik dengan makanan Korea terbaik.
🌟 Harga berbaloi untuk percutian yang tak akan dilupakan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top