Jom Ke Korea

6 Hari 4 Malam Korea Saranghaeyo

Penginapan

Hotel bertaraf 3-4 Bintang Tang Selesa

Makanan

Makanan Halal Sepanjang Perjalanan

Waktu Dan Tempat Solat

Pengurusan tempat dan waktu menunaikan solat fardhu

Pengangkutan

Bas/Van Yang Selesa Sepanjang Perjalanan

Aturcara

Itinerari yang menarik dan lengkap dengan berbagai aktiviti

Pakej 6H4M Korea Saranghaeyo

harga Dari

MYR

3,879

/ADULT

FULLBOARD

Child No Bed: RM 3,679 | Infant: RM 500

Pengenalan Pakej Korea Saranghaeyo

Alami keunikan Korea dengan Pakej 6 Hari 4 Malam Korea Saranghaeyo, eksklusif untuk musim bunga dan musim panas! Saksikan upacara pertukaran pengawal di Gwanghwamun Gate, sebelum meneruskan lawatan ke Gyeongbokgung Palace sambil mengenakan Hanbok, pakaian tradisional Korea yang anggun.

Nikmati pengalaman membeli-belah di Myeongdong dan Namdaemun Market, syurga fesyen dan K-Beauty dengan pelbagai pilihan menarik. Lawati Seoul Central Mosque, serta rasai suasana tradisional di Hanok Village sebelum mengagumi seni bina moden di COEX Starfield Library. Singgah di Apgujeong Rodeo Street untuk melihat trend fesyen terkini dan hayati keindahan alam di Haneul Park.

Lengkapkan percutian anda dengan menjelajah Hongdae Shopping Street, kawasan paling meriah dengan budaya anak muda Korea. Akhir sekali, nikmati persembahan cahaya memukau di Cheonggye-Cheon Stream, pengalaman yang pasti meninggalkan kenangan indah. Tempah sekarang dan rasai sendiri pesona musim bunga dan panas di Korea!

.

Itinerari Pakej Korea Saranghaeyo

Day 01
Incheon
KUALA LUMPUR – INCHEON

Berkumpul di KLIA Terminal 1/Terminal 2 untuk taklimat dan proses daftar masuk sebelum menaiki penerbangan ke Incheon. Setibanya di Incheon, pemindahan ke hotel untuk bermalam.

Day 02
Nami Island
INCHEON – CHUNCHEON – SEOUL

Lawatan sekitar Chuncheon, termasuk kunjungan ke Nami Island, destinasi terkenal yang menjadi lokasi penggambaran drama Winter Sonata. Selepas itu, bertolak ke Seoul untuk daftar masuk hotel dan bermalam.

Day 03
Seoul
SEOUL

Selepas sarapan, lawatan ke Gwanghwamun Gate untuk upacara pertukaran pengawal, diikuti Gyeongbokgung Palace dan sesi bergambar dengan Hanbok. Membeli-belah di Ginseng Center dan Red Pine Tree Shop, kemudian bersiar-siar di Itaewon Street dan melawat Seoul Central Mosque. Seterusnya, membeli-belah di Myeongdong dan Namdaemun Market, serta menikmati persembahan lampu di Cheonggye-Cheon Stream. Bermalam di Seoul.

Day 04
seoul
SEOUL

Sarapan pagi di hotel, diikuti dengan aktiviti bebas untuk peserta menikmati masa santai atau meneroka bandar mengikut pilihan sendiri.

Day 05
Seoul
SEOUL – INCHEON

Selepas sarapan, lawatan ke Hanok Village, Starfield Library, dan Apgujeong Rodeo Street. Bergambar di Haneul Park, membeli-belah di Hongdae Shopping Street dan Cosmetic Shop. Kemudian, bertolak ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Day 06
Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan kenangan manis dari Korea.

Butiran Pakej

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi
  • Makan & minum mengikut atur cara perjalanan
  • Pengangkutan sepanjang program
  • Penginapan 4 malam di hotel bertaraf 3 bintang
  • Pemandu pelancong berpengalaman
  • Tour leader dari Malaysia
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan

Pakej Tidak Termasuk

  • K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization)
  • Perbelanjaan peribadi
  • Insurans perjalanan (disarankan untuk perlindungan tambahan)
  • Servis tambahan seperti snek, mini bar, dobi, dan porter
  • Bayaran lebihan bagasi

Cadangan Tarikh Penerbangan

Tarikh Penerbangan Korea Saranghaeyo

Tarikh (Peak Season*)DewasaKanak-Kanak Tiada Katil
14 – 19 FEB 2025RM3,879RM3,679
26 APR – 1 MEI 2025RM3,879RM3,679
23 – 28 APR 2025RM3,879RM3,679
30 APR – 5 MEI 2025RM3,879RM3,679
24 – 29 MEI 2025RM3,879RM3,679
22 – 27 JUN 2025RM3,879RM3,679
25 – 30 JUN 2025 RM3,879RM3,679
29 JUN – 4 JUL 2025 RM3,879RM3,679
20 – 24 OGOS 2025RM3,879RM3,679

Maklumat Penerbangan

D7504 KUL ICN 2300 0630

D7505 ICN KUL 0720 1335

Scroll to Top