Jika sebut tentang Korea, pasti semua akan merasai keterujaan dengan keunikan bahasa Korea yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia dan pada masa yang sama, Bahasa Korea telah berkembang dengan begitu pantas sejak akhir-akhir ini.
Ramai yang berminat untuk mempelajari bahasa ini, sama ada untuk melancong, berkomunikasi dengan peminat K-pop lain, atau sekadar menambah ilmu. Jika anda seorang pemula yang ingin belajar bahasa Korea, artikel ini akan membantu anda memahami asas-asasnya dengan cara yang santai tetapi tetap efektif.
Kenapa Kita Belajar Bahasa Korea?
Sebelum kita menghayati kosa kata dan frasa harian, jom kita teliti beberapa sebab mengapa mempelajari bahasa Korea boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan bermanfaat:
- Mudah Dipelajari – Jika nak dibandingkan dengan bahasa lain seperti Mandarin atau Jepun, tulisan Korea (Hangeul) sebenarnya lebih mudah difahami dan dipelajari dalam masa yang singkat.
- Membantu Memahami K-Drama & K-Pop – Tak perlu lagi bergantung sepenuhnya pada sari kata apabila menonton drama atau mendengar lagu kegemaran anda.
- Membuka Peluang Pekerjaan – Banyak syarikat global kini mencari pekerja yang fasih dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Korea.
- Memudahkan Perjalanan ke Korea – Jika anda bercadang untuk melancong ke Korea, langkah ini adalah yang terbaik dalam membantu anda berkomunikasi dengan penduduk tempatan dengan lebih mudah.

Mengenali ‘Hangeul’ : Tulisan Mudah Yang Perlu Anda Kuasai
Sebagai seorang pemula, menguasai asas sistem tulisan bahasa asing juga memainkan peranan yg besar sebelum anda fasih bertutur. Sistem ini dikenali sebagai sistem tulisan Korea yg dipanggil Hangeul (한글). Hangeul dicipta pada abad ke-15 oleh Raja Sejong dan bertujuan untuk memudahkan rakyat Korea belajar membaca dan menulis.
Hangeul terdiri daripada 14 konsonan dan 10 vokal asas. Berikut adalah beberapa huruf yang paling penting:
- Konsonan Asas:
- ㄱ (g/k), ㄴ (n), ㄷ (d/t), ㄹ (r/l), ㅁ (m), ㅂ (b/p), ㅅ (s/t)
- Vokal Asas:
- ㅏ (a), ㅑ (ya), ㅓ (eo), ㅕ (yeo), ㅗ (o), ㅜ (u), ㅡ (eu), ㅣ (i)
Menariknya, jika anda belajar Hangeul dengan betul, anda boleh membaca perkataan Korea dalam masa kurang daripada sehari! Menakjubkan, bukan?
Kosa kata Asas Yang Wajib Anda Ketahui
Untuk berkomunikasi dalam bahasa Korea, kita perlu menghafal beberapa perkataan asas. Berikut adalah senarai perkataan yang sering digunakan:
Selamat malam – 좋은 밤 되세요 (joheun bam doeseyo)
Ya – 네 (ne)
Tidak – 아니요 (aniyo)
Terima kasih – 감사합니다 (gamsahamnida) / 고맙습니다 (gomapseumnida)
Sama-sama – 천만에요 (cheonmaneyo)
Maaf – 죄송합니다 (joesonghamnida)
Tolong – 부탁합니다 (butakhamnida)
Selamat pagi – 좋은 아침 (joheun achim)
Frasa Harian Yang Berguna
Setelah anda menguasai beberapa perkataan asas, langkah seterusnya adalah belajar frasa harian yang sering digunakan dalam perbualan seharian:
Memperkenalkan Diri
- “Nama saya [nama anda]” – 제 이름은 [nama anda] 입니다 (je ireumeun [nama anda] imnida)
- “Saya berasal dari [negara anda]” – 저는 [negara anda] 에서 왔어요 (jeoneun [negara anda] eseo wasseoyo)
- “Saya suka Korea” – 저는 한국을 좋아해요 (jeoneun hanguk-eul joahaeyo)
Bertanya Soalan
- “Apa khabar?” – 어떻게 지내세요? (eotteoke jinaeseyo?)
- “Berapa harganya?” – 얼마예요? (eolmayeyo?)
- “Di mana tandas?” – 화장실 어디예요? (hwajangsil eodi yeyo?)
Berbual Secara Santai
- “Apa yang awak lakukan?” – 뭐 하고 있어요? (mwo hago isseoyo?)
- “Saya lapar” – 배고파요 (baegopayo)
- “Saya letih” – 피곤해요 (pigonhaeyo)
Panduan Sebutan Yang Betul
Salah satu cabaran dalam mempelajari bahasa Korea adalah sebutan yang betul. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda:
- Perhatikan Intonasi – Kita boleh cuba dengar cara penutur asli bercakap dan tiru nada mereka.
- Latih Penggunaan Bunyi “Eu” dan “Eo” – Contohnya, “eu” dalam neun (는) tidak mempunyai bunyi seperti “e” dalam bahasa Melayu.
- Gunakan Aplikasi Untuk Latihan – Aplikasi seperti Duolingo, Memrise, dan LingoDeer sangat membantu untuk membiasakan diri dengan sebutan.
- Tonton Drama dan Lagu Korea – Ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu anda memahami cara sebutan dalam perbualan sebenar.
Tips Belajar Bahasa Korea Dengan Lebih Cepat
Untuk menguasai bahasa Korea dengan lebih cepat, berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda amalkan:
- Gunakan Bahasa Korea Dalam Kehidupan Seharian – Cuba gunakan frasa mudah dalam perbualan harian anda.
- Tulis Nota Dalam Hangeul – Biasakan diri menulis dalam Hangeul supaya anda lebih cepat menghafalnya.
- Cari Rakan Pertukaran Bahasa – Berbual dengan penutur asli Korea boleh membantu anda meningkatkan kefasihan.
- Tonton Video Pendidikan – YouTube mempunyai banyak saluran yang mengajar bahasa Korea secara percuma.
- Bersabar dan Konsisten – Belajar bahasa baharu memerlukan masa, jadi jangan mudah putus asa! Yang penting kekalkan momentum semangat kita.
Dialek dalam Bahasa Korea
Bahasa Korea mempunyai beberapa dialek yang digunakan di pelbagai wilayah di Korea Selatan dan Korea Utara:
- Hamgyong – Dituturkan di bahagian timur Korea Utara dan Jilin, China.
- Pyongan – Dialek ini digunakan di bahagian barat Korea Utara, termasuk ibu kota Pyongyang, dan Liaoning, China.
- Dialek Pusat (Central Dialects) – Digunakan di kawasan wilayah Hwanghae, Gangwon, Chungcheong, Gyeonggi, dan ibu kota Seoul. Dialek Seoul adalah yang paling standard.
- Jeolla – Dikenali sebagai dialek barat daya dan dituturkan di wilayah Jeolla, termasuk Bandar Gwangju.
- Gyeongsang – Dituturkan di daerah Busan, Daegu, dan Ulsan. Dialek ini lebih keras dan berbeza dari segi intonasi.
Fakta Menarik Tentang Bahasa Korea
1. Struktur ayat bahasa Korea yang unik
Struktur ayat Korea mengikut susunan subjek-objek-kata kerja (SOV), yang berbeza daripada bahasa Inggeris dan banyak bahasa lain.
Sebagai contoh, daripada berkata “Saya makan epal,” seorang penutur bahasa Korea akan berkata “Saya makan epal.”
Struktur SOV menambah kelainan linguistik yang menarik kepada bahasa Korea, dan pembelajaran untuk berfikir dalam susunan ini boleh menjadi cabaran yang menarik untuk pelajar bahasa.
2. Kehormatan – Kesopanan tertanam dalam Bahasa Korea
Bahasa Korea memberi penekanan yang kuat pada kesopanan dan hierarki sosial. Honorifics, dikenali sebagai “Jondaetmal,” digunakan untuk menunjukkan rasa hormat kepada individu yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi, umur yang lebih tua atau kedudukan profesional.
Honorifics ini memainkan peranan penting dalam perbualan harian Korea, mencerminkan kepentingan menghormati dan mengekalkan hubungan sosial yang harmoni sesama masyarakat.
3. Sistem Nombor Yang Berbeza
Bahasa korea mempunyai dua set nombor, yang berasal dari bahasa korea asli, dan yang berasal dari bahasa cina. Penggunaan nombor ini bergantung kepada jenis benda yang dikira. Macam mana tu? Mari kita belajar.
Nombor Korea Asli:
- Digunakan untuk mengira benda-benda, umur, dan waktu (jam).
- Contoh: 하나 (hana – satu), 둘 (dul – dua), 셋 (set – tiga), 넷 (net – empat), 다섯 (daseot – lima).
- Nombor asli ini biasanya digunakan untuk bilangan antara 1 sampai 99.
Nombor Sino-Korea:
- Berasal dari bahasa Cina.
- Digunakan untuk mengira wang, tarikh, nombor telefon, minit, dan saat.
- Contoh: 일 (il – satu), 이 (i – dua), 삼 (sam – tiga), 사 (sa – empat), 오 (o – lima).
- Nombor sino korea ini juga digunakan untuk bilangan 100 keatas.
Berikut adalah perincian lanjut:
Penggunaan yang Berbeza:
Perbezaan utama terletak pada jenis benda yang dikira. Sebagai contoh, apabila menyebut umur, anda akan menggunakan nombor Korea asli (contoh: 스물 살 – seumu sal – 20 tahun).
Tetapi apabila menyebut harga, anda akan menggunakan nombor Sino-Korea (contoh: 이만 원 – iman won – 20,000 won).
Contoh Penggunaan:
Waktu:
- Jam: Nombor Korea asli (contoh: 세 시 – se si – pukul tiga).
- Minit: Nombor Sino-Korea (contoh: 삼십 분 – samship bun – 30 minit).
Umur:
Menggunakan nombor asli (contoh: 스물다섯 살 – seumuldaseot sal – 25 tahun).
Harga:
Menggunakan nombor Sino-Korea (contoh: 오천원 – ocheon won – 5000 won).
Nombor Telefon:
Menggunakan nombor Sino-Korea.
Perlu Diingat:
- Memahami perbezaan ini adalah penting untuk komunikasi yang tepat dalam bahasa Korea.
- Terdapat juga beberapa pengecualian dan nuansa dalam penggunaan kedua-dua sistem nombor ini, jadi amalan dan pendedahan kepada bahasa adalah kunci untuk menguasainya.
Menariknya Belajar Cara Bertutur Bahasa Korea
Belajar bahasa Korea bukanlah sesuatu yang mustahil. Dengan sedikit usaha dan kesabaran, anda boleh menguasai asas-asasnya dalam masa yang singkat. Mulakan dengan mengenali Hangeul, hafal beberapa kosa kata asas, dan gunakan frasa harian dalam komunikasi anda. Jangan lupa untuk terus berlatih dan menikmati proses pembelajaran ini.
Jadi, adakah anda bersedia untuk mula belajar bahasa Korea hari ini? 화이팅! (Hwaiting!)