Jom Ke Korea

7 Tempat menarik Di Korea sebagai Lokasi Shooting K-Drama

Dah menjadi wishlist orang ramai sekarang, Korea merupakan negara pilihan untuk mereka melancong dan melawat tempat menarik di Korea. Mencari pakej korea yang bersesuaian dengan pilihan hati, agak sukar jika anda tidak dapat jumpa jalan yang benar. Mari kami kongsikan tempat menarik di korea yang biasa kita bawa client dalam pakej korea yang kami tawarkan.

NAMI ISLAND

Nami Island merupakan tempat menarik di Korea yang wajib sewajibnya ada kalau anda membandingkan pakej korea. Lokasi Nami Island ini lebih kurang jarak 1 jam dari Incheon Airport. Kebiasaanya, dalam pakej korea yang kami tawarkan, Nami Island merupakan lokasi pertama yang perlu anda lawati. Nami Island menjadi popular selepas ia menjadi lokasi pengambaran Winter Sonata.

Feri di Nami Island

Untuk sampai kesini anda perlu naik feri selama 15 minit macam tu untuk merentasi sungai. Sebab Nami Island ni merupakan sebuah pulau kecil. Dan ada lagi satu pilihan untuk sampai ke Nami Island. Anda boleh mencuba aktiviti esktrem, iaitu menaiki zipline. Harga KRW50,000 bersamaan RM180 seorang.  

Zipline di Nami Island
Monumen Winter Sonata

Tempat ni romantik. Ada satu sudut, ada monumen Winter Sonata. Anda boleh bergambar di sini tau. Nami Island ini merupakan pulau private yang dimiliki oleh sebuah keluarga di Korea. Bukan Tanah Kerajaan tau. Yang menariknya, semua musim yang ada di Korea, baik musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga, Nami Island ni memang sangat cantik semulajadi. Puaslah anda bergambar di sini. Oh ya jangan risau, dekat Nami Island ada surau, dan restoran makanan halal. Tak perlu risau. Jadi kalau anda ambil pakej Korea dengan Mustaqim Travel, sini tempat wajib.

Musola di Nami Island

GYEONGBOKGUNG PALACE

Gyeongbokgung Palace adalah sebuah destinasi ikonik yang melambangkan seni bina dan kebudayaan tradisional Korea. Dalam Pakej Jom Ke Korea, anda berpeluang melawat istana yang penuh sejarah ini. Menariknya, Blue House (kediaman rasmi Presiden Korea) terletak berhampiran istana ini, menambahkan lagi keistimewaannya. Di dalam kawasan Gyeongbokgung Palace, anda akan menemui pelbagai binaan istana yang memukau serta sebuah muzium yang menyimpan khazanah sejarah. Kawasannya yang luas dan indah menjanjikan pemandangan memukau—pastikan memori telefon anda mencukupi untuk merakam setiap detik yang menakjubkan di sini!

Gyeongbokgung Palace

Lokasi ni juga pernah menjadi lokasi pengambaran Kdrama seperti Goblin.

Babak drama Goblin di mana Kim Shin (Gong Yoo) jumpa dengan Ji Eun Tak selepas teleport dari Russia

Antara KDrama lain yang dijalankan di sini seperti The Last Empress dan The Moon Embracing The Sun. Kan kami dah bagitahu, semua tempat dalam pakej Jom Ke Korea, memang semua tempat menarik dan semua tempat menjadi lokasi pengambaran.

Pakaian tradisional Korea , Hanbok

Antara aktiviti menarik yang menanti anda di sini adalah peluang untuk memakai Hanbok, pakaian tradisional Korea yang penuh keanggunan. Bayangkan diri anda merasai suasana autentik ala-ala vibe Korean, lengkap dengan pakaian tradisional ini. Namun, dalam Pakej Jom Ke Korea, pengalaman memakai hanbok biasanya dilakukan semasa lawatan ke Kimchi School. Di sana, anda akan menikmati aktiviti menarik seperti membuat Kimchi atau Gimbap, diikuti dengan sesi mengenakan hanbok—momen sempurna untuk mengambil gambar kenangan! Jangan risau, dengan Pakej Jom Ke Korea, kami pastikan anda dapat merasai pengalaman menjadi Korean yang sebenar.

EVERLAND THEME PARK

Everland Theme Park merupakan taman tema yang terbesar, juga antara tempat menarik di Korea. Macam-macam ada di sini. Sampaikan Safari haiwan – haiwan pun ada di sini juga ya. Kebiasaanya, kalau pakej korea, Everland merupakan Destinasi wajib. Tapi, terdapat 1 musim yang tak sesuai kalau pergi ke Everland ni. Iaitu musim sejuk. Sangat – sangatlah tidak digalakkan untuk anda pergi ke sini, sebab kalau musim sejuk, kalau lah masa tu turun hujan salji, ada permainan yang akan ditutup. Jadi rugilah. Jadi kalau nak decide pergi everland theme park ni, anda mesti lihat pakej korea ketika musim panas, musim luruh dan musim bunga. Jadi ketiga – tiga musim ini sesuai ya jika anda melawat ke sini.

Safari di Everland Theme Park

Selain daripada tarikan kelpelbagaian permainan indoor dan outdoor, di Everland Themepark juga, anda boleh masuk ke Safari. Apabila anda ke sini, anda akan menaiki bas dan melihat haiwan – haiwan liar seperti Harimau, Singa, Panda dari dalam bas. Nanti haiwan – haiwan ni akan berdiri di tepi tingkap bas. Selalunya haiwan dalam sangkar. Sekarang kita pula rasakan pengalaman menarik ni. Sesuai untuk ibu bapa yang membawa anak kecil.

Babak What’s Wrong with Secretary Kim

Everland theme park juga menjadi lokasi pengambaran bagi KDrama What’s Wrong with Secretary Kim. Babak ni masa first date antara Lee Lee Young Joon (Park Seo Jeon) dan Kim Mi-so (Park Min Young). Masa ni Hero ni pergi reserved 1 Everland ni untuk first date mereka. KDrama lain dijalankan di sini seperti Kill Me Heal Me dan Brides of Water. Best betul pakej korea Mustaqim Travel ni. Banyak dah ni tempat pergi.

NAMSAN TOWER

Pakej korea Mustaqim Travel seterusnya membawa anda ke lokasi seterusnya di Namsan Tower. Lokasi ni terletak di atas Bukit. Kalau anda dari Myeongdong, anda akan Nampak menara ni tersegam indah di atas bukit. Menara ini setinggi 239m. Dari kawasan ni juga, anda juga dapat melihat kawasan kota metropolitan Seoul. Paling best view, masa malam. Dengan Cahaya lampu.

Babak Kdrama Hwayugi A Korean Odyssey

Katanya kalau letak pad lock kat sini, cinta kekal abadi. Haha, jangan percaya tau, tak baik. Lokasi ini juga digunakan sebagai pengambaran bagi KDrama Hwayugi A Korean Odyssey. Banyak lagi KDrama dan KFIlem yang dijalankan di sini sebab tempat ni romantik kan. Ini admin tunjuk yang admin minat. Kalau KDrama lain tu macam The Legend of the Blue Sea, Boys over Flower dan Hotel Del Luna.

Untuk sampai ke Namsan Tower ini ada beberapa pilihan, boleh menaiki cable car. Ini menarik, sebab anda boleh melihat kawasan bandar Seoul. Selain daripada naik Cable Car, anda boleh menaiki bas untuk sampai ke kaki bukit. Dan anda perlu mendaki beberapa meter untuk sampai ke puncak.

BUKCHON HANOK VILLAGE

Bukchon Hanok Village merupakan perkampungan tradisional dan asli penduduk Korea. Jadi ada orang tinggal di kawasan perumahan ini. Meskipun ia telah dijadikan sebagai tempat pelancongan, pelancong yang datang ke sini mestilah menjaga adab, tak boleh buat bising. Yalah, cuba anda bayangkan kalau anda penduduk di situ, tiba-tiba ada pelancong yang buat bising, mestilah anda tidak selesa kan?

Selain daripada keunikan kebudayaan tradisional yang dipaparkan di sini, Bukcheon Hanok Village juga menunjukkan kehebatan kesenian dari segi Arkitek pembinaan perumahan di sini, sebab pembinaannya terdiri daripada kayu api dan tanah lumpur. Unik kan cara pembinaan rumah ini? Ada beberapa lagi kawasan perumahan tradisional di Korea yang anda boleh kunjungi juga seperti Namsangol Hanok Village, Eunpyeong Hanok Village dan Songdo Hanok Village. Tapi kawasan utama yang selalu orang kunjungi adalah di Bukchon Hanok Village.

Oh ya, anda juga boleh sewa hanbok dan bergambar di kawan Bukchon Hanok Village ni. Pakej korea Mustaqim Travel membawa anda di sini untuk melihat keunikan perumahan tradisional di Bukchon Hanok Village.

MYEONGDONG

Myeongdong merupakan tempat membeli belah yang agak popular di Korea. Popular dari segi barang kosmetik yang pelbagai seperti Olive Young, Nature Republic, Innisfree dan sebagainya. Pakej korea Mustaqim Travel memberi anda peluang untuk membeli belah sepuasnya di sini. Kebiasaanya kami akan berikan dalam tempoh 3 hingga 4 jam untuk anda berada di Myeongdong.  

Selain daripada terkenal dengan kepelbagaian kosmetik, Myeongdong juga terkenal dengan pebagai jualan makanan dan restoran. Tapi hati – hati ya, Pastikan anda mencari makanan halal. Kalau dekat Myeongdong ni, antara restoran Makanan halal di sini seperti Kampungku, Busan Jip, dan Kim Seri. Harga makanan disajikan disini, lingkungan RM25 dan ke atas.

Pasaraya Namdaemun juga terletak bertentangan dengan Myeongdong. Jadi untuk sesiapa yang mencari souvenir untuk kawan – kawan dan keluarga, boleh ke Namdaemun. Di Namdaemun, anda boleh dapatkan barang seperti set sudu, brooch , baju Korea, stokin comel dan macam – macam lagi. Harga juga berpatutan. Sebagai contoh, anda boleh dapatkan stokin dengan harga KRW10,000 untuk 8 helai stokin, dalam tukaran Malaysia lebih kurang RM33. Murah kan? Di Namdaemun, anda boleh nego atau bargain dengan para peniaga, dan kebiasaanya para peniaga peramah dan baik.

Jadi masa yang diberikan ketika anda berada di sini sangat cukup untuk anda membeli belah. Untuk yang tidak suka membeli belah, anda juga boleh mencuba minuman coffee di café sekitar Myeongdong ni.

ITAEWON

Kawasan Itaewon merupakan kawasan di mana Masjid pertama di bina di Korea. Untuk pakej korea Mustaqim Travel, anda berpeluang untuk menunaikan solat di sini. Oh ya, jangan risau, sebab kelengkapan untuk anda bersuci dan membuang hadas, sangat lengkap di sini. Sebab ada paip. Cuma kalau guna masa musim sejuk, boleh tahan sejuk juga.

Masjid Seoul

Sepanjang lokasi untuk sampai ke kawasan masjid, anda akan dapat melihat pelbagai restoran Indian dan makanan halal untuk dimakan. Terdapat juga kedai – kedai runcit yang menjual barangan halal dari Malaysia dan Indonesia. Kiranya, Itaewon boleh dipanggil sebagai Muslim Street. Lagi satu, jalan di Itaewon ni agak berbukit. Jadi agak penat sikit kalau nak mendaki naik tu. Sebab untuk jalan pulang, dikira turun bukit.

Selain daripada pelbagai restoran makanan halal, di Itaewon juga terdapat pelbagai thrift shop atau pun orang Malaysia panggil kedai bundle. Harga sangat murah serendah KRW10,000 untuk pakaian seperti Winter Coat, Baju dan pelbagai lagi. Kualiti pun masih baik lagi seperti barang baharu.

Jadi kalau anda sampai di Itaewon, anda tak perlu risau tentang makanan halal, sebab di sini semua peniaga dah tahu, pelancong yang datang ke sini mesti nak carikan makanan halal. Dan tak perlu risau juga, sebab pakej korea Mustaqim Travel dah siap dengan pakej makanan halal. Jadi tak perlu risau dah, sebab Mustaqim Travel dah susunkan segalanya terbaik dalam pakej Korea anda.

Best kan, tengok semua tempat Korea ini. Sebab semua tempat – tempat best ni dah termasuk dalam pakej Korea Mustaqim Travel.

PAKEJ KOREA BERKUMPULAN

Jom ke Korea dengan Mustaqim Travel! 💼 Semua dah termasuk, bawak duit shopping je! Nak jimat? Join pakej berkumpulan. Nak privasi? Pakej persendirian pun ada! Custom trip ikut gaya anda. Klik sekarang untuk plan trip idaman anda! ✈️✨

Klik sini Untuk Melihat Pakej Berkumpulan Discover Seoul

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top