6 Hari 4 Malam Seoul Nami Island
Penginapan
Hotel bertaraf 3-4 Bintang Tang Selesa
Makanan
Makanan Halal Sepanjang Perjalanan
Waktu Dan Tempat Solat
Pengurusan tempat dan waktu menunaikan solat fardhu
Pengangkutan
Bas/Van Yang Selesa Sepanjang Perjalanan
Aturcara
Itinerari yang menarik dan lengkap dengan berbagai aktiviti
Pakej 6H4M Seoul Nami Island
Pengenalan Pakej Seoul Nami Island
Alami keindahan musim bunga di Korea dengan Pakej Seoul & Nami Island 6 Hari 4 Malam yang eksklusif! Nikmati suasana romantik dengan bunga sakura yang mekar, cuaca nyaman, dan pemandangan memukau di setiap sudut.
Lawati Gyeongbokgung Palace yang dikelilingi sakura, berjalan di Bukchon Hanok Village, dan nikmati panorama bandar dari N Seoul Tower. Kemuncaknya, terokai Nami Island, di mana deretan pokok berbunga mencipta suasana yang tenang dan indah, seperti dalam drama Winter Sonata.
Lengkapkan pengalaman anda dengan membeli-belah di Myeongdong Shopping Street, syurga fesyen dan K-Beauty, serta menikmati makanan jalanan Korea yang lazat. Tempah sekarang dan rasai sendiri magis musim bunga di Korea!











Itinerari Pakej Seoul Nami Island
Bertemu Tour Leader 4 jam sebelum berlepas untuk daftar masuk dan taklimat, kemudian sesi bergambar sebelum penerbangan ke Incheon.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, bertemu dengan Tour Guide dan memulakan lawatan. Melawat Pulau Nami dengan menaiki feri, diikuti lawatan ke Menara Namsan dan Love Padlock Wall (tidak termasuk dek pemerhatian). Selepas lawatan, bertolak ke hotel di Seoul untuk daftar masuk.
Sarapan di hotel, kemudian lawatan ke Everland Theme Park dengan pas percuma untuk menikmati pelbagai permainan, persembahan menarik, dan zon bertema. Makan tengah hari di Everland, diikuti dengan masa bebas untuk membeli-belah di Pasar Dongdaemun. Pulang dan makan malam di hotel di Seoul.
Sarapan di hotel, kemudian lawatan ke Istana Gyeongbok dan Muzium Rakyat Nasional. Melihat Blue House, berjalan di sepanjang Sungai Cheonggyecheon, dan melawat Plaza Gwanghwamun dengan patung Yi Sun Sin. Membeli-belah di Pusat Ginseng Nasional dan Kilang Amethyst, kemudian makan tengah hari. Melawat Masjid Antarabangsa di Itaewon sebelum pulang ke hotel untuk makan malam.
Sarapan di hotel, kemudian aktiviti membuat kimchi dan lawatan ke Muzium Rumpai Laut sambil memakai hanbok. Membeli-belah di Pine Tree Center dan kedai kosmetik, diikuti makan tengah hari. Lawatan ke COEX Mall dan Perpustakaan Starfield, kemudian meneroka Pasar Namdaemun. Makan malam di Myeongdong sebelum pulang ke hotel.
Sarapan di hotel dan daftar keluar.
Melawat kedai Korea Duty Free untuk membeli pelbagai produk seperti kosmetik, elektronik, dan barangan mewah. Kemudian, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Butiran Pakej
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi
- Makan & minum mengikut atur cara perjalanan
- Pengangkutan sepanjang program
- Penginapan 4 malam di hotel bertaraf 3 bintang
- Pemandu pelancong berpengalaman
- Tour leader dari Malaysia
- Bayaran masuk ke tempat lawatan
Pakej Tidak Termasuk
- K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization)
- Perbelanjaan peribadi
- Insurans perjalanan (disarankan untuk perlindungan tambahan)
- Servis tambahan seperti snek, mini bar, dobi, dan porter
- Bayaran lebihan bagasi
Cadangan Tarikh Penerbangan
Tarikh Penerbangan Seoul Nami Island
Tarikh (Peak Season*) | Dewasa | Kanak-Kanak Tiada Katil |
---|---|---|
13 – 18 APR 2025 | RM4,679 | RM4,279 |
24 – 29 APR 2025 | RM4,679 | RM4,279 |
30 APR – 5 MEI 2025 | RM4,679 | RM4,279 |
9 – 14 MEI 2025 | RM4,679 | RM4,279 |
28 MEI – 2 JUN 2025* | RM4,979 | RM4,579 |
Maklumat Penerbangan

MH 38 KUL ICN 1450 2230
MH 39 ICN KUL 0010 0545